Selasa, 13 Desember 2016

Telur Mata Sapi

                                                        ~ND

Aku tak pernah tahu jika yang kau pinta selalunya adalah setengah matang. Seperti matahari yang nyangkut di ujung pagar pukul tujuh pagi. Di mana kesetiaan belum sarapan dan memakai kasut dengan tali yang berikat tekat

Bulat jingga yang kau sangka semuram rembulan itu cumalah suka ria yang sederhana sahaja. Yang tidak disukai gerigi sepi. Yang takkan hadir dalam satu meja bergenap cakap.

Maka dari piring hitam pagi ini aku memindamu seperti ingatan daging putih akan lelidah api . Seperti irama pasir yang bersesak setiap ombak yang bertolak. Seperti lapar dahaga.

Kau tak pernah setelah

0 komentar:

Posting Komentar